Taklimat Pertandingan dan Kelas Kesedaran e-Sukan

14 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 13 April 2025 (Ahad), NADI Kampung Jeriah telah mengadakan Taklimat Pertandingan dan Kelas Kesedaran e-Sukan bermula pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:00 petang. Talimat tersebut telah dijalankan secara fizikal di Bilik Latihan NADI Kampung Jeriah dan dihadiri oleh lima orang peserta.

Untuk sesi pertama, telah diadakan Taklimat Pertandingan Mobile Legend Bang Bang (MLBB). Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan jadual, format dan syarat-syarat penyertaan pertandingan yang akan diadakan kelak.

Bagi sesi kedua pula, peserta menyertai kelas kesedaran e-Sukan. Para peserta perlu melayari portal LMS e-Sukan untuk menyertai kelas kesedaran ini. Kelas ini penting bagi mendidik peserta tentang disiplin dan memupuk nilai positif terhadap e-Sukan.

Diharapkan kursus seperti ini bermanfaat untuk komuniti seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali